Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Kareeeeeem :D

Assalamualaikum :')

Tidak lain tidak bukan, terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat yang telah engkau beri. Update blog ini juga adalah salah satu nikmat :D Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan terus beribadah kepada-Mu.

Lama gila tak update blog. Mangsa PMR lah katakan *ehhhh* . banyak cerita nak kongsi, tapi tapi.. biarlah hanya hati ini sahaja mengetahui *puihhh*

Ramadhan bakal menjelang tiba. Ramai yang tahu, puasa ni cuma tak makan then berbuka puasa bila maghrib lepastu sembahyang terawih di malam hari. Sayang bagi orang yg berfikiran sebegitu. Bulan Ramadhan inilah bulan yang paling mudah untuk mengutip pahala. mengaji sikit dapat pahala. pahala pulak, bukan seperti pada hari2 biasa. Allah gandakan lagi pahala tu. sape taknak pahala oii ?

Jadi, harapan saya, semoga kita semua dapat menjalai Ramadhan dengan penuh makna. Harapan saya lagi, semoga Allah bukakan hati kita semua untuk menjadi yang terbaik. untuk terus beribadah kepada-Nya untuk menjadi Khalifah di bumi yang penuh barakah ini. *banyak harapan* Jom kutip pahala banyak-banyak !:D

" Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik buatku. "


No comments:

Post a Comment